Apa itu pemimpin?


amalan terbaik seorang pemimpin:
  • bersedia untuk belajar.
  • berani beri jawapan yang tegas.
  • memudahkan semua pemimpin.
  • membina hubungan baik dengan subordinat
  • pandai membahagi masa
  • bijak mengorganisasikan manusia
  • mempunyai komunikasi yang baik
ciri yang harus dimiliki:
  • menghargai orang lain
  • sabar dan sanggup mengambil keputusan
  • menyenangi pekerjaan dan menerima tanggungjawab
  • memiliki rasa humor
  • memiliki keperibadian utuh
  • seimbang dan rendah diri
  • jujur, ikhlas dan berilmu
  • pendorong
  • the power of communication

HARI TERBUKA (PERINGKAT SEKOLAH) 2010

Tarikh : 8 April 2010
Tempat : Aspura & Aspuri SMS Tengku Muhammad Faris Petra
Masa : 0800-1400

Perkara : Hari Asrama Terbuka Peringkat Sekolah

Program ini adalah julung-julung kali diadakan dan kali ini semua pelajar amat berpuas hati...
Objektif : Sebagai persediaan untuk menghadapi Hari Terbuka Sekolah 2010
.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMSTMFP, En. Kamaruddin Jaafar di Dataran Bendera. Selepas upacara simbolik perasmian di aspuri, semua pelajar lelaki dan guru di benarkan melawat dorm-dorm di aspuri. seterusnya ialah upacara simbolik persmian di aspura dan majlis penutup telah disempurnakan di aspura pada jam 1.20 tengah hari.

2 dorm terbaik aspura dan 2 dorm terbaik aspuri telah diumumkan

keputusan:
Dorm Terbaik bagi kategori Aspura dimenangi oleh Dorm A1-6 dengan kutipan markah 83%...
Dorm Terbaik bagi kategori As
puri dimenangi oleh Dorm C2-5 dengan pungutan markah 85%...



Para pelajar putera semasa melawat Aspuri


Malam persediaan HARI TERBUKA

Para pelajar puteri semasa melawat ke Dorm A1-6

kedudukan rumah mengikut pungutan mata pada hari tersebut:
1- mahathir
2- rahman
3- razak
4- hussein

MAJLIS PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR 2010

Tarikh: 5 April 2010
Tempat: Dewan Gemilang, SMSTMFP
Dirasmikan oleh: Lt. Kol. Marzuki bin Hj Mokhtar (Pegawai Memerintah 21 RAMD)

Seramai 77 orang Pemimpin Pelajar telah dilantik secara rasminya dalam majlis yang gilang gemilang pada hari tersebut. Jumlah ini termasuklah 28 orang pemimpin pelajar Tingkatan 5, 22 orang pemimpin pelajar Tingkatan 4, 22 orang pemimpin pelajar Tingkatan 3 dan 5 pemimpin pelajar Tingkatan 2. Diharapkan semua Pemimpin Pelajar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.




Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya